top of page

Pengenalan

Pejabat Perkhidmatan Veterinar LMS

Latar Belakang dan Sejarah

Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah LMS

Objektif

Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah LMS merupakan Pejabat Veterinar yang pertama diwujudkan dalam Negeri Perak iaitu pada tahun 1895 dan yang kedua paling lama dalam sejarah Perkhidmatan Veterinar di Malaysia.

Bangunan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah LMS, Taiping dibina pada 25hb. Januari 1937. Walaupun tidak digazetkan sebagai bangunan monumen namun ia diiktirafkan sebagai bangunan-bangunan bersejarah di Daerah LMS oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti.

  • Memperkasa dan mengekalkan status kesihatan haiwan yang diyakini lagi kondusif untuk industri haiwan

  • Mempastikan kesihatan awam melalui kawalan penyakit zoonotik dan penghasilan makanan berasaskan haiwan yang bersih dan selamat

  • Menggalakkan pengeluaran ternakan mapan dan industri tambah nilai

  • Meneroka, membangun dan menggalakkan penggunaan teknologi dan sumber secara optimum dalam industri berasaskan haiwan

  • Menganjurkan amalan kebajikan haiwan dalam semua aspek pemeliharaan dan sistem pengeluaran.

Catatan Sejarah

Perkhidmatan Haiwan di Negeri Perak

Perkhidmatan haiwan di Negeri Perak telah bermula dari tahun 1895 mengikut catatan Residen British bagi Negeri Perak. Pada waktu itu, Perkhidmatan Haiwan adalah merupakan satu cawangan kecil dalam perkhidmatan perubatan dan kesihatan di mana pegawai-pegawai haiwan telah dilantik ke dalam perkhidmatan perubatan dan Kesihatan.

Perkhidmatan Haiwan pada masa itu dilaksanakan secara kecil-kecilan walaubagaimanapun cawangan Perkhidmatan Haiwan telah memberi perkhidmatan yang baik dalam usaha merawat ternakan seperti kuda, lembu, kerbau dan babi. Dalam tahun 1896 cawangan Perkhidmatan Haiwan telah dikerah untuk merawat dan mengawal wabak demam babi yang menular dengan hebatnya di Negeri Perak.

Visi

Pihak Berkuasa Veterinar yang kompeten berkhidmat untuk industri haiwan demi kesejahteraan manusia

Misi

Menyediakan Perkhidmatan veterinar yang berkualiti bagi menjamin kepentingan kesihatan awam dan industri haiwan yang mapan demi kesejahteraan manusia.

Hubungi Kami

Alamat

Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Larut Matang dan Selama, Jalan Haiwan, 34000 Taiping.

Contact

05 - 807 2703

jpvlms@gmail.com

  • Facebook

ֿPlease fill out the form:

Thanks for submitting!

© 2023 by Doyle Cattle Farm. Proudly created with Wix.com

bottom of page